Solat berjemaah adalah sunat muakkadah (sangat dituntut buat). Rasulullah sangat menganjurkan umatnya SOLAT BERJEMAAH. Sebab? Banyak kelebihan solat berjemaah ni, antaranya ialah pahala yang berlipat ganda. SANGAT BESAR perbezaannya antara solat JEMAAH & solat seorang diri sebagaimana hadis:
Rasulullah berkata: "Solat JEMAAH itu lebih baik dari solat seorang diri dengan kelebihan 27 darjat." Riwayat Imam Muslim
SAF TERBAIK adalah SAF PERTAMA, iaitu barisan paling depan sekali. :)
Rasulullah berkata: "Sekiranya manusia mengetahui kebaikan MELAUNGKAN AZAN dan SAF PERTAMA, maka mereka akan berusaha mendapatkannya sekalipun dengan cara membuang undi, mereka tetap sanggup melakukannya." - Muttafaqun a'laih.
Hanya yang faham perbezaan ini sahaja akan SEGERA nak amalkannye. Sanggup main undi tuuu. Ye takkk? Hee. Jadilah kita orang yang faham & cintakan Rasulullah. Itu semua adalah kerana ALLAH. Jom kita hayati penyampaian Mohammed Alsaggaf penuh berhikmah ini. Selamat menonton & beramal! Rugi tau kalau tak tengokkkkk. :)
Haa. Kalau sebut pasal solat jemaah & saf, kat mane lagi kalau tak kat masjid. Ye takkk? Hee. Raaaamai orang terlepas pandang tentang adab nak masuk masjid. Sebelum masuk/keluar, bace doa kat sebelah ni tau. Then, baca soalan² di bawah ini & amalkan jawapannya! Okey? Bagusss. So, jangan abaikan sunnah ini lagi ye. Ia terrrsangatlahhh mudah. ;)
Soalan: Kaki manakah yang didahulukan ketika memasuki masjid?
Jawapan: KAKI KANAN.
Soalan: Keluar masjid?
Jawapan: KAKI KIRI.
terima kasih atas infonya. :)
ReplyDeletehee. same². selamat beramal eh. :))
ReplyDeletenice info n nice sharing
ReplyDeleteinsyaallah...kalau berjemaah dgn suami kat rumah jer boleh juga kan..
ReplyDelete