Segmen Bloglist Julai by Raihan



Klik banner untuk join. ;)

Dengan pantas lah sangat saya join segmen ni di minit terakhir. Dengan ditambah lagi, dugaan line siput. Huhu.


GA...Izan Mama Mia & Rakan Blogger...



Klik banner untuk join. ;)

Kali ni saya nak sapot Izan Mama Mia and the gengsssss pulak. Sumenya dah pun saya kenal.

Saya nak tag sume geng GSF yang belum join GA ni. Cepat join sebelum tamat!! Jika tidak, anda akan menyesal tak sudahhh. (:


Accident maut di depan mata !



Lebih kurang pukul 10.45 pagi tadi, saya dan si dia on the way nak balik Kemaman. Tak sampai 15 jam duk Dungun, kami terpaksa balik sebab saya ade kerja kat sekolah. Tak sampai 5 minit perjalanan, jalan tetibe aje jem. Hati dah berdetik, ni mesti accident nih sebab si dia nampak 2 ambulans dan bomba. Saya terus mintak izin, nak turun dari kereta untuk amek gambar. Hehe.

Satu patah perkataan je terdetik dalam hati saya bila tengok keadaan accident tu. TERUKNYEEE!!


Mase saya amek gambar² ni, pihak bomba sedang berusaha nak kuarkan mangsa tersepit. Yang saya dengar orang sekeliling bercakap, mangsa ni dah meninggal. Tapi takde pun saya nampak darah. Yang lain, dah pun dibawa ke hospital. Saya tak dapat detect jenis kereta ape yang terlibat ni. Blurrr sekejap. Tapi tangan cepat² snap gambar. Memang teruk. Mengucap panjang saya.

Saya tak dapat nak tengok kesudahan kerja bomba ni sebab kerja saya menanti di Kemaman. Senyap sunyi dan sepi aje perjalanan kami hari ni. Sekarang pun, jantung saya masih tak keruan bila teringat kereta yang remuk tu. Hati² di jalan raya ye sume di hujung minggu ni. Ingat Allah, ingat orang tersayang.


GA : Saya Nak Lipstik Kolagen



Klik banner untuk join. :)

Saya join GA ni tanda sokongan buat LYAfrina. Moh join sume terutama GSF, ayuhhhh!


Slurppp megi ketam berharga RM 22.80 dengan menonton ASTRO !



Sepertimana yang tertera pada tajuk, itulah jawapan bagi Teka teka datang lagi: Megi Ketam Enak Bersama? yang penuh tanda tanya. Huhu. Mahal dakkk? Sebijik ketam tu besor dan isinya banyak tau, puas saya makan sorang. Lagi laju makannye, bile ade orang tolong kopekkan. Hee. Terima kasih ye pada sume yang menghantar tekaan sebab sudi take part dalam teka teka ni. (:

Sooo, kesimpulannya takde pemenang yang dapat meneka dengan tepat kali ni. Saya terpaksa amek jawapan yang paling hampir tepat tekaan harga, paling pantas dan yang paling lengkap serta betul slogannya. Nahhhh, ini kedudukan mengikut ketepatan dan kepantasan. Tahniah buat semua. ;)

PEMENANG TEMPAT PERTAMA

PEMENANG TEMPAT KEDUA

PEMENANG TEMPAT KETIGA

Para pemenang ni perlu berikan nama penuh dan alamat pada kotak komen entry ni dengan 3 pilihan buah buahan kegemaran korang daripada 4 yang tersenarai ini: pisang naga laici jagung

Nanti ade mase, kita main lagi ehhhh. :)


Wordless Wednesday #22: Hilang PENING bila dapat aiskrim !





Masih dalam mood KETAM !!



Ketam ni ade dadah ehhhhhhh? Huhu. Sekarang ni saya kerap rase nak makan ketam. Ketagihhh. Lagi² dengan kari. Boleh bikin kopak & pokai ni. Adoyai. Tu haaaaa, ketam masak kari, goreng kering² campur udang kering dan cili padi. Fuhhh, terangkat! :)

Oh ye, ni belum nak announce pemenang teka teka tau. Esok, insha Allah. Ramai yang tak tahu menonton ape ehhhh. Huhu. Pada yang teliti, pasti akan dapat trace ade link untuk jawapan di situ. Terima kasih dan syabas atas keprihatinan anda. Saya agak sibuk minggu ni dengan kerja² key in data murid KSSR. Tapi selang seli juga, blogwalking dan respon balik komen² jejak anda dengan kadar perlahan dari bese. (:

Bagi yang belum memenuhi slogan, ade peluang lagi jika anda nak baiki jawapan anda sehingga saya umumkan pemenang esok. Dan saya masih menanti jawapan tepat. Cepat² teka!! ;)


Teka teka datang lagi: Megi Ketam Enak Bersama?



Haaaaa. Tutup mulut tu, nanti masuk lalat. Terrrliur dakkkkkk? Hee. Seketul besorrr ketam bersama megi kari. Macam aritu, korang kene teka harga tau. Saya mencari 3 pemenang yang dapat meneka dengan tepat atau hampir tepat. Hidangan ni lebih enak dinikmati dengan menonton _ _ T _ O! :)

CLUE: Ade nombor 8 untuk harga tu. (position 8 tu korang teka sendiri. hee.)

Drop komen kat bawah ni dengan slogan:  
Slurppp megi ketam berharga RM _ _._ _ dengan menonton _ _ T _ O !

Jangan lupe isi tempat kosong tu ye! Cepat² teka ehhh, nanti saya akan poskan cenderahati kecik untuk pemenang tu sekali dengan pemenang² teka teka sebelum ni. Harap ramai lah yang join. Saya tak sabor ni nak sambut jawapan² hot korang!! (:


10 Cara Terbaik Beristirehat



Adakah anda mengalami kesukaran untuk menenangkan fikiran dan merehatkan badan? Jika anda terlalu dibebani dengan kerja, mengejar masa ataupun menghadapi masalah, rehat adalah amat penting untuk anda untuk memulihkan semula tenaga dan kekuatan anda. Andai dibiarkan tekanan atau bebanan itu berlarutan, keadaan ini boleh memudaratkan kesihatan anda.

Orang yang mendapat rehat yang secukupnya boleh melaksanakan tugas jauh lebih baik daripada mereka yang tidak berehat. Minda dan badan yang cergas bukan sahaja boleh membuatkan anda rasa sihat dan selesa malah boleh memberi anda tenaga untuk menjalankan tugasan harian.Ye takkk? Hee.

Sooo, luangkanlah masa untuk berehat. Mulakan dengan memilih salah satu daripada 10 cara yang berikut:

1) Membaca buku² kegemaran anda boleh menolong menenangkan fikiran. Tak kisah lah buku ape pun.

2) Mendengar lagu² kegemaran anda. Biarkan muzik lunak yang berkumandang di sekeliling anda itu menjadi halwa telinga dan seterusnya membuatkan diri anda berasa tenang dan selesa. Alunan ayat² Quran atau muzik instrumental, mungkin? ;)

3) Menonton filem yang menarik di rumah ataupun pawagam, sama ada bersendirian atau berkumpulan kecil juga boleh membantu.

4) Adakan sesi karaoke bersama teman² atau keluarga anda dan menyanyilah ramai². Tetapi lakukan sesi ini pada waktu yang bersesuaian dan tidak mengganggu jiran tetangga anda jika anda melakukannya di rumah!

5) Bersenam juga merupakan salah satu cara yang baik untuk mengurangkan tekanan, contohnya, jogging, menari atau berlari. Berjalan di tepi pantai pun okey. Layan perasaan gituuu. Hehehe.

6) Anda tidak perlu membeli-belah. Cukuplah sekadar menjamu mata tengok² barangan yang dipamerkan, ia boleh memuaskan hati jugak tau. Tak caye? Gi lah window shopping! ;)

7) Bersiar-siar di taman sambil menghirup udara yang segar dan menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Allah. Sentiasalah memuji kebesaranNya.

8) Solat dan mendekati Allah, boleh memulihkan semangat dan memberikan ketenangan kepada anda.

9) Bersosial di internet untuk mendapatkan teman baru atau berbual dengan teman lama anda melalui telefon. Sekarang dah ade FB, twitter, watsapp, skype dan macam² lagi kan. ;)

10) Sesi gelak ketawa. Ajaklah teman² baik berkumpul untuk minum² misalnya, dan berkongsi kisah² silam yang melucukan. Tapi jangan sampai LAGHO pulak gelaknya ye. (:


Sepetang di Warung Pok Nong !



Ramai yang tertanya² surau bersofa tu kat mane kan? Ye takkk? Hee. Untuk pengetahuan korang, surau tu adelah di IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit, Kuala Terengganu. Kat situ, familiar dengan name Balai Islam, kemudahan students untuk solat berjemaah. Saya ke situ mase hantar si dia untuk sesi interaksi terakhir pada cuti sekolah baru² ni. 2 tahun lepas pun, saya studi kat sini tau. Hehehe.

Sebelum hantar si dia, kami minum petang dulu di Warung Pok Nong kat Pantai Mengabang Telipot. Kedainya buruk ajeee tapi team Jalan² Cari Makan TV3 tu dah pun sampai ke sini. Kedai ni bukak pukul 3.30 petang tapi jam 3 pun, orang dah menunggu. Memang berebutlah nak amek order. Lagi² sotong celup tepung!


Uniknya di sini, layan diri amek order. Jenuh jugak menunggu tapi adventure beb! Sebab? Takde sistem Q. Main redah dan rebut aje. HAHA. Siap dengan pinggan dan penyepit, memang kene get ready lah depan loyang besor. Sotong tu die goreng seekor² tau, kite akan gunting sendiri untuk makan. :)


Ikan dan udang pun sodappppp! ;)


Opssss. Ni kulit udang ajeeeee. Dah abis dikerjakan saya. Hehe.


Haaaaa. Ni buktinyaaaaaa. JJCM TV3 letak landmark die kat sini!!! Dah caye? (:


7 cara elak lupa rakaat dan fikiran melayang ketika solat



Bagaimanakah cara mengelakkan lupa rakaat dan fikiran melayang ketika solat? Saya kongsikan cara²nya di bawah. Kalau nak tambah, let me know di kotak komen di bawah ye. ;)

1. Membaca surah An-Nas sebelum solat. 

2. Anggap solat yang dikerjakan adalah solat yang terakhir.

3. Sentiasa ingat, Allah SWT sedang memerhatikan kita ketika sedang solat.

4. Hadirkan hati bahawa solat ini adalah untuk Allah, bukan dipaksa atau terpaksa. Ianya dibuat kerana kita ni adalah seorang hamba dan yang menyuruh itu ialah Allah SWT Yang Maha Berkuasa.

5. Mengetahui makna setiap ayat yang dibaca dalam solat seperti pengertian ayat² surah Al- Fatihah, juga terutama pada rukun ke rukun solat yang lain.

6. Lupakan segala-galanya kerana waktu ini kita sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Besar, Maha Agong , Yang Memberi Rezeki, juga Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan.

7. Ingatlah akan siksa orang yang lalai dalam solat, salah satunya Neraka Wail adalah untuk orang yang lalai mengerjakan solat. Neraka ini terletak di bawah sekali di antara neraka-neraka yang lain.

Wallahualam.


BEN ASHAARI DAN SAYA



Klik banner untuk join. ;)

Sudah lameeee rasenya Bro Ben tak buat segmen. Mr Mama la katekan. Sooo, bila dah ade ni, amek peluang la kite sume kan. Ye takkk? Hee.

Blog camanakah yang saya suka baca dan kenapa ?
Pastinya for the first thing, blog yang ringan loadingnya. Sebab? Kalau terrrkena hari line lembap sedunia mengalahkan siput, tak ke naye kan. Hilang terus mood nak blogwalking. Silap² tertido depan lappy. Hee.

Keduanya, entri yang menarik tertarik and the boom! Sebab? Entri yang best ni sudah pasti ade point² yang hendak dikongsi untuk readers. Secara langsung, dapat tambah pengetahuan. Dannn bile sudah melekat tu, mesti akan bace every word. Paling penting, pasti esok datang lagi. ;)

Cukup la kot due kan. nanti panjang pulak. Hehehehe.


Seharian di hari ulangtahun si dia !



Malam sebelum hari kejadian, saya terrrtidur di atas sofa. Kononnyaaa nak tunggu saat pukul 12. Mungkin mengantuk sangat dek kerana penat bertaklimat siangnya dan bosan tengok gaya permainan bola Tranung yang entah pape. Huhu. Jadinyaaa, awal pagi semalam baru saya wish sebelum pergi ke PPD Kemaman.

Plannyaaa, saya nak buat chezzy wedges kat rumah lepas balik dari taklimat. Tapi bila memikirkan si dia terperuk ajeee dalam rumah sepanjang minggu ni, rutin paginya kemas rumah, hantar dan amek saya di sekolah, petang pulak kalau takde main bola, duk la bersantai tengok TV dengan saya. Sooo, saya tukar plan dan ajak la si dia gi jenjalan ke Mesra Mall. Kami tengok wayang cite Madagascar. ;)


Dah abis wayang, kami makan pizza. Saya teringin nak makan. (ehhhh, befday sape ni sebenarnya. hee.) Si dia la suh saya decide nak tengok cite ape, nak makan ape. Hehe. Tahun ni potong piza je lahhh. Kek takde.

Nak abis kan satu pizza ni bukan main payah lagi. Side order lagi. Dalam wayang tadi, dah pun makan hotdog dan popcorn besor. Makan pulak berdua ajeee. Memang takkan abis lah satu pan pizza ni jawabnya melainkan kalau dah save perut dari pagi kan. Ye takkk? Hee. Lastnye, take away jugakkk yang tak abis tu! Seriesly, kenyang sampai ke malam. ;)

Gitu jelah celebrate nya. Saya nak cari hadiah pun, si dia sebok duk mengacau. Nak pilih pun tak senang. Segan la saya. HAHA. Saya just luangkan masa seharian bersama dia. No blogging for a day! Tu yang sonyap je tu semalam. Hehe.


Wordless Wednesday #21: Cara nak kurangkan pengeluaran duet di ATM !





Pemenang Teka Teka Sempoi: Retak beribu² lemon



Bila pemenang nak diumumkan ni, maka dengan rasminya teka teka DITUTUP la ye. Terima kasih pada yang sudi menghantar penyertaan dan cuba meneka dengan bermacam² tekaan. Hehe.

Alhamdulillahhh. Ada 31 pernyertaan yang join. Namun, saya terpaksa menolak 8 penyertaan kerana tidak mengikut spesifikasi format yang diberi. Cewahhhh. Ayat poyosss sokmo kan. Ye takkk? Hee. Maka nyaaa, saya dengan ini telah memilih 3 pemenang dari 23 penyertaan yang sah. ;)


Pemenang pertama, penyertaan yang dapat meneka dengan tepat iaitu kos sebanyak RM 450.00 dan juga yang terpantas adalah Norhariza a.k.a jaakechik. Tahniah dear. Hentam keromo pun mengena target tuh. Hehe. Name awak pun dekat² same dengan saya, sebagai penganjur. Name panggilan pulak exactly same! Suratan atau kebetulan? Dan² tulah nak kebetulan kan. ;)

Pemenang kedua juga dapat meneka dengan tepat iaitu Cik Nur. Rezeki orang dah sehat agaknye ni kan. Tahniah sayang. Dannn the last one, CtAyue dengan tekaan RM 450.50. Nak jugak letak 50 sen tu. Huhu. Okeylahhh. Ketiga² pemenang ni perlu berikan nama penuh dan alamat pada kotak komen entry ni dengan 3 pilihan buah buahan kegemaran korang daripada 5 yang tersenarai ini: pisang naga laici oren jagung

Lagi 20 penyertaan tu takmo sedih² tau. Saya dah bookmark profile korang. Kirenya korang ade extra points untuk next event. Insha Allah. (:


Lagi info PANAS pasal kubis !



Alkisahnyaaa, baru² ni ade teman belajar si dia gi buat ujian darah untuk HIV. Maklumlah, bakal menjadi raja sehari pada awal bulan depan. Malangnya, keputusan darah die tak berjalan dengan lancar. Sebab? Tekanan darah die rendah. Kaji punya kaji, akhirnya die di saspek Talasimia.

Ape yang saya tahu, Talasimia ni penyakit yang berkaitan dengan sel darah merah. Normally, tubuh kita akan produce sel-sel darah merah yang cukup untuk sistem imun tubuh. Talasimia terjadi apabila, kilang yang membuat sel-sel darah merah tidak menghasilkan sel darah merah yang cukup untuk tubuh kita. Ni penyakit keturunan tau. Sebab tu sebelum kawen, mesti gi check. Kot² kita ni pembawa. Bila kita pegang title pembawa, anak kita mungkin akan dapat penyakit ni.


Tapi untuk entry ni, saya takmo cite pasal Talasimia. Saya nak berkongsi tentang nasihat doktor yang merawat teman belajar si dia tadi tu. Okeylah, saya namekan sebagai si A la ye. Oleh kerana tekanan darah si A ni rendah, doktor pesan JANGAN amal makan sayur yang takde khasiat. Huhu. Ade jugak sayur yang takde khasiat ehhhh. Baru saya tahu. Mungkin juge maksud doktor tu sayur yang kurang zat penting kot. ;)

Kate doktor tu, salah satu contoh adelah sayur kobis. Doktor ni tak suke kubis kot? Aduhhh. Diskriminasi sungguh kubis ni. Kesiannn peminat kubis. Saya memang tak makan kubis. Bawang dalam nasi pun saya kutip, letak tepi. Ini kan pulak kubis. Hehe. Kate doktor tu lagi, sepatutnya sayur ni pilih dan banyakkan makan yang HIJAU.

Teka teka masih available tau. Sape yang belum teka, boleh cube teka cepat. (:


Teka teka sempoi: Retak beribu ribu lemon!



Semasa perjalanan saya dan si dia balik ke Senawang Khamis lepas, ade batu terpelanting pada cermin depan di belah bahagian tempat duduk saya. Tepat mengena batang hidung saya kot. Huhu. Nasib baik tak tembus ke dalam kereta. Kalau takkk, lagi kemek lah hidung yang sedia kemek ni. Kussssss semangat!!


Haaaaa. Tengoklah gambar kedua tu untuk lebih jelas. Esoknya, si dia dan FIL terus gi kedai tukar cermin. Nasib baik jugak kami ade buat insurans untuk cermin depan. Boleh lah claim nanti kan. Ye takkk? Hee. Tapi pape pun, sebelum nak dapat duet claim, duet sendiri kene dulukan jugak kan. FIL tolong bayorkan. Huhu. Nak harapkan kami, time² gini sememangnya kering kontang. HAHA.

Agak² korang berapa kos tukar cermin depan kereta ni?? Cer teka. Saya mencari 3 jawapan tepat atau hampir tepat yang terpantas. Cepattttt² ;)
Sponsor teka teka

Mohon tulis tekaan anda pada kotak komen entri ni dengan format:
Tekaan saya: RM_ _ _. _ _
Sponsor teka teka oleh: _ _ _ _ _ _ _ _

Segmen:The Reason Why bersama Hafiziqin



Klik banner untuk join. ;)

Saya telah ditag oleh Cik Misi Masha untuk join segmen ni. Haihhh, makin dilayan tag, makin banyak pulak yang terrrkena. Huhu. Ponat den tau. Nasib baikla kekadang mengena jugak dapat hadiah. :p

Kenapa saya berblog? Kenapaa saya berblog? Kenapaaa saya berblog? Sebab die bestttttt. Hee. Bila sebut ayat camtu, mesti teringat satu iklan tu. Iklan Hari Merdeka 5 tahun lepas kot. Korang ingat tak iklan ni? Comel je budak tu kannn. ;)

Okey lahhh. Back to the point. Kenapa saya berblog? Sebab saya kepingin nak jadi orang yang bermulut banyak. Boleh gitu? Hee. Saya ni sebenarnya seorang yang tak banyak cakap. Kat blog ni ajelah saya boleh pok pek pok pek, kalau in person jangan haraplah. Huhu. Most times, my thoughts come out better in writing than they do when I speak. (:

video

p/s: sedikit selingan iklan budak comel tu di atas ni ye. Enjoy! Takpe kan Hafiziqin? Jangan marah aaa. Hee. :p


Dapat hadiah dari teman blogger lagi !



Tu diaaaaaa. Mesti korang dah boleh teka sume hadiah² ni dari sape kan. Ye takkk? Hee. Keychain comel tu hadiah Wardah Persona Giveaway Fever 2012 tajaan dari BUNGA HATI MAMA yang sememangnya berbaloi². Dijanjikan seunit homemade keychain tapi saya dapat skali brooch berbunga pink tu. Memang terbaikkkk lahhhh dear Arina. I sayang you banyak². ;)

Sebenarnya, hadiah ni selamat diterima pada hari Ahad lepas. Sebabnya saya ke sekolah pagi Ahad tu dari Dungun tau. Balik dari sekolah tu terus memecut. Tak dan² bukak pagar rumah, peti surat yang diselongkar dulu. HAHA. Excited kemain. Selamatttttt serbuk cheese pemberian Kak Dieyna. Risau kot² kene rembat. (:


Intai² lagi dalam peti tu, tengok² hadiah dari Arina pun ade skali. Gambar kedua ni sisi sebelah lagi keychain kat atas tu. Yang paling tak tahan tu, polkadot pink ala² blog ni kan. Tak pasti pulak saya mane satu depan, mane satu belakang. Siap ade name JAA tuuuu. Bolehla letak kat pencil case saya yang besorrr kedabak tu. Terima kasih Arina dan Kak Dieyna. :D

Menunggu mase ajeee ni nak buat chezzy wedges kegemaran si dia!!


Pencarian Cik En dan Blog : Entry Kita Jiwa Kita

Klik banner untuk join. ;)

Saya join pencarian ini sebab saya rasa pencarian ni sangat menarik. Tahniah buat penganjur, Cik En. Saya dah tak ingat macam mane boleh kenal dengan blog Cik En. Puas dah saya duk fikir, fikir dan fikirrrrrr tapi buntu. Mungkin dari join segmen kot, atau mungkin juge dari blogwalking? :D

Okey lahhh. Stret to the pencarian. Nak tahu betape jakunnya saya  mase 1st time nak collect tiket flite? Rujuklah entri PERTAMA saya. Hihi.

Saya tak pasti yang mana satu entri TERBAIK saya. Adakah yang popular itu boleh dikatekan terbaik? Huhu. Tapi, saya attachkan link kisah saya dan Lya Alyani di situ. Nak tahu macam mane kami jumpe?? Terjah la. Memang terbaikkkk sangat jumpe blogger lain dengan berbaju tidur. Ye dakkk? Hee. ;)

Dannn akhir sekali, kalau nak tahu ape kaitan kubis dan keputihan, sumenye terjawab di entri TERAKHIR saya tika join pencarian ini. (:

Tagging: BONDA


LELAKI pun ade masalah keputihan !



Adakah kubis menyebabkan keputihan kepada kaum wanita sahaja?
Haaa jangan tak tahu ye, keputihan juga menyerang kaum lelaki. Kanak-kanak lelaki yang suka benor makan kubis, apabila bersunat akan mengalami masalah BUTA pada kemaluannya. Hah?? Ape tu?

BUTA KEMALUAN ialah satu kes di mana selaput kulit yang bakal di potong sewaktu bersunat melekat kepada bahagian kepala kemaluan lelaki. Bahan yang menjadi pelekat ini lah yang dipanggil keputihan.  Kalau pada wanita, keputihan keluar pada dinding vagina, keputihan pada lelaki keluar di sekitar pangkal kepala kemaluan. Inilah antara hikmah Allah menggalakkan lelaki bersunat agar lebih mudah bagi mereka untuk membersihkan kemaluan dari keputihan. ;)


Kini orang bukan Islam juga gemar bersunat dengan alasan yang sama. Ye takkk? Hee. Sepertimana entri sebelum ni, keputihan pada lelaki juga mengakibatkan bau kurang menyenangkan. Selain itu, keputihan juga menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan sukar menambah berat. 

Ini dapat dijelaskan dengan mudah kerana, keputihan adalah protein yang mana disingkirkan melalui kemaluan. Jadiiii, dengan kate lain, walaupun seseorang itu banyak makan sumber berprotein namun akibat mengambil kubis, protein ini dikeluarkan dari tubuh sebagai keputihan. Namun pendapat peribadi saya, setiap makanan mesti ade pro and con nya. Janganlah ambil berlebihan. ;)

Cara mencegah keputihan amat mudah, iaitu,
KURANGKAN/JANGAN MAKAN KUBIS ATAU KUAH YANG MENGANDUNGI KUBIS. Its up to you! You eat, you decide. Mungkin efeknya berkesan untuk anda, mungkin juge tidak. Cube dan rasailahhh sendiri perubahannya! (:


GIVEAWAY: First Giveaway by Purple Mommy


Klik banner untuk join. ;)

Saya join GA ni untuk sapot kawan saya, Mazniza. Sepertimana yang dinyatakan pada banner di atas, GA ini ditaja oleh Zary Collection milik tuan punye GA sendiri. Hee. Online shop ni mula beroperasi Januari 2011 dan menawarkan koleksi terkini tudung dengan kualiti yang TINGGI sahaja. Haaa, tak ke gojes tu? ;)

Hadiah²nye boleh usha kat sini. Kalau korang nak intai² koleksi tudung yang lain, boleh lahhh ke Zary Collection page. Cantik² tau koleksi tudung die. Cepat² join!! (:

Tagging: cik nur deqla waniey


Wordless Wednesday #20: Surau kelasss 5 bintang. Ade sofa lagi !




Segmen : Jom Tingkatkan Follower Anda Dengan Mendadak Bersama Izzati.



Klik banner untuk join. ;)

Saya telah ditag oleh kawan U saya, Mazniza dan juge Hafiziqin untuk join segmen ni. Thanks. Berilah sokongan pada dorang sebagaimana korang menyokong saya ehhh. (:

Tagging: arifah pokcik eyda  


Jumpa Zaibo di istana !



Itulah seseorang yang saya maksudkan di entri ni. Hee. Dengan sportingnye die bergambor dengan nenek saya. Sebenarnya mak saya yang terlebih dulu terrrperasankan die tapi tak ingat name. Bukan main payah lagi nak inform kat kami yang die nampak artis. Sudahnyaaaa, ade ke patut mak saya yang tanye si Zaibo tu, sape name die? Haha. Lastnye, saya yang sebut name Zaibo. ;)

Korang dah gi sini ke belum? Rasenye masih bukak lagi sekarang. Sampai 15 Jun ni. Dari pukul 9 pagi hingga 5 petang kalau tak silap lah. (promote kejap. hee.) Masuk percuma ajeee. Kalau nak amek gambar, barulah ade cas bayarannya. RM3 camtu la. Sebab aritu saya gi, bukan saya yang bayor untuk gambar. (:


Haaaaa. Kalau nak kenal, inilah mak ayah saya. Korang panggil dorang, ma pa aje okehhh. Boleh gitu? Hee. Beza umur dorang setahun aje tau. Pa muda setahun. Hehehe. Si kecik molek tu adek bongsu saya. Sekarang darjah 5. Kurus keding! HAHA. Die ni sangat alergik dengan buah. Tak boleh tengok/bau/sentuh langsung. Makan apetah lagi. Perangai entah pape ntahhhhh. ;)


Sebelum balik, jangan pulak lupe tinggalkan jejak korang ye. Bukan blogwalking aje kene tinggal jejak kaki. Huhu. Kat pameran ni pun ade jugak tau. Cubelah cari name saya di buku pelawat kalau pergi ke pameran ni nanti. Kalau nak layan gambor, boleh tengok di entri ni. :)

Oh ye, saya ade beli sesuatu sebagai tanda kunjungan saya ke sini. Ape die ehhhh? Hehe. Nantilah sambung lagi ye. (sekarang saye suke benor buat sambung² kan. bajet ade orang excited la nak tahu. perasan. hee.)


Keputihan disebabkan oleh KUBIS?



Sape² pun kenal sayur kubis kan. Ye takkk. Hee. Pelbagai jenis lauk yang boleh dibuat dari kubis. Sedangkan coleslow KFC pun menjadikan kubis sebagai komponen utama untuk hidangan sampingan. Burger dan kebab juge ade letak kubis. Femes benorrr kubis ni. Yelahhh, kubis murah harganya dan tahan lama. ;)

Tahukah anda apa sebenarnya kesan apabila kita makan kubis?
Dikatekan, SEKIRANYA SESEORANG MAKAN KUBIS, IA AKAN MENYEBABKAN KEPUTIHAN!

Apabila disebut sahaja keputihan, kebanyakan orang perempuan memang tahu apa bendanya. Penyakit keputihan ni adalah penyakit normal yang dihidapi oleh orang perempuan. Tapiiiii apabila kuantiti keputihan yang keluar terlalu banyak,  maka di situlah timbulnya masalah yang mana menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. Malah boleh sebabkan jangkitan penyakit lain seperti gatal yang amat sangat.


Keputihan ini sebenarnya adalah protein yang dikeluarkan dari dinding kemaluan perempuan akibat dari memakan kubis ini. Protein keputihan ini amat digemari oleh kulat dan bakteria. Keputihan yang keluar melalui kemaluan yang begitu tersorok dan sangat lembap memudahkan kulat dan bakteria tumbuh di situ yang seterusnya menyebabkan kegatalan yang serius. Bertambah serius lahhh gatalnya bile makan udang, ketam, sotong atau kerang kot?

Masalah keputihan yang serius juga sebenarnya boleh mengundang satu lagi masalah yang lebih rumit iaitu MIGRAIN di bahagian tertentu kepala. Masalah keputihan peringkat serius ini juge mengakibatkan kemaluan jadi amat tidak selesa dan seakan-akan berdenyut. Ibarat kalau badan demam atau gigi sakit, kepala pun sakit kan. Ye dakkk. Begitu sekali parahnyaaa akibat memakan kubis.

Sejauh mana kebenarannya ehhh? Bersambunggggggg. Hehe. ;)
 

Gambar yang macam mana sesuai diVECTORkan?



Sepi je rasenye blog ni sejak semalam. Huhu. Di penghujung cuti ni, mungkin ramai yang sibuk bercuti kan. Ye takkk? Hee. Tak ramai yang datang ke blog ni atau saya yang tak buat blogwalking seperti bese? ;)

Okehlahhh, entri ni sekadar nak bertanya pada yang pakar atau yang lebih arif tentang gambar vector. Seriesly saya tak tahu pape pasal vector ni. Yang saya tahu, vector ni buat gambar kite jadi  macam katun. Betul ke? Gambar yang macam mane sesuai untuk vector ehhhhh? Untuk ape vector ni sebenarnya?

Hehe. Banyak pulak soalan kan. Harap² ade la yang sudi tolong dan dapat bantu saya ye. Thanks! ;)


Simple GiveAway by Chocolate-Vochelle Blog



Klik banner untuk join. :)

Saya dijemput oleh tuan penganjur setelah saya join segmen die baru² ni. Ni pun join last minit. Malam ni tutup. Hee. Cepatttt².

Tagging: NAL Eesya   


Banyak persoalan yang berada di minda !



Banyak tanda tanya dan juga kata kerjaaa. Laa laaa laaaa. Hehe. Ramai yang merungut dan marahkan saya ehhh sebab cite tak abis pasal Lya. Cite sekerat jalan. Ade yang saspen, excited, dan tak kurang juge yang tertanye². Sibuk suh saya sambung cite. Okey lah okey lahhh. ;)

Alkisahnya, saya godek² fon si dia. Saje nak tengokkk fon buruk tu. Tibe nampak name FAIN. Ehhhhh. Mase tu, zuppp (siap ade sound efek tu. hee.) Saya cube recall cite² si dia pasal kawan sekerja die ni. Si dia selalu bercite pasal colleagues die dulu. Cume saya ni kadang² tak wat masuk dalam otak. Layan cakap dan dengar sepintas lalu ajeee. Huhu.


Saya: Fain ni yang isteri die sakit ehhhhh?
Si dia: Haah, mase nak lahirkan anak tu masuk ICU.
Saya: Isteri die ade blog kan?
Si dia: Ye.

Sudahnya saya terus bukak blog dan tunjuk kat si dia. Saspen². Huhu. Si die senyum aje tengok gelagat saya. Saya godek sume entry si Lya ni. Ya Allahhhh, macam mana saya tak terrrperasan kan. Entry selepas entry segmen tu, Lya ade post pasal Restoran Singamas.

Saya: Abissss, yang kite jumpe kat kedai makan aritu tuuu, Fain lahhhh?
Si dia: Ye sayangggg.
Saya: Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


Kedai tu memang terbaikkkk. Sedapppp. Saya makan kuew teow goreng. Tetibe cite pasal kedai pulak. Haha. Ya Allahhhh Lya. Mintak maaf sangat² aritu. Saya salam awak ke tak ehhhh? Lupe. Mase tu sebenarnya saya merajuk. Jadi, kuar rumah pakai baju tidur kot. Si die pimpin je masuk dalam kete. Sampai kedai, makan tak pandang kiri kanan dahhh. Hee. 

Nak kuar kedai tu ternampak lahhh awak and family. Segan gile. Rase macam serabai je mase tu. Tu yang tak dan² nak gi dekat kete. Malu wehhhhhh. ;)


Segmen Watermark by Raihan



Klik header yang comel di atas ni untuk join. :)

Saya tertarik nak join segmen ni sebab saya sememangnye teringin nak kan watermark yang comel. Tapi saya ni tak reti nak buat sendiri. Hee.

Link blog: http://farizafairuz.blogspot.com/ 

Buat comel² tau dear. Upah dah bagi tu. Hehe. (:


Rahsie amende??



Hehe. Itulah soalan yang diajukan oleh Lya Alyani pada saya. Seperti mana Deqla dan Nurul, juge Masha dan Lela, kami berdua pun ade rahsia tau. Jeng jeng jenggg. Meh sini nak cite. ;)

Sebenarnya saya mula² kenal dengan blog si Lya Alyani ni daripada segmen Izan Mama Mia iaitu segmen imbau kenangan saat sah jadi miliknya. Sudah menjadi tabiat saya buat blogwalking tiap kali tamat segmen. Saya sangat tertarik dengan kisah die. Saya bace every words cite die walaupun entry die sangat panjang! Mase tu, saya tak perasan lagi muka die. Cume terdetik di hati saya," Ohhh, orang Tranung gok ni." :)


Then, bila ade mase saya singgah blog die tengok² gambor dan komen entry die. Barulahhh saya perasan, muka die sangat familiar. Macam saya pernah jumpe tapi di mane ye? Puas saya fikir, saya tak dapat cari dan tak dapat ingat sampai ke sudah. Ishhhh, tak puas hati betul saya. Dan sampailahhh die join GSF. Dan arini segalanya dah terbongkar macam telur yang pecah. Huhu.

Korang nak tahu macam mane saya boleh tahu yang saya pernah jumpe Lya Alyani? Stay tuned okehhh. Korang pun bukan bace sangat kalau entry panjang² kan. Hehehehehehe. Biar korang terujaaa sampai takleh tidor malam ni. Mood mendera perasaan orang sungguh saya arini. (:


CONTEST APAKAH? : TEKA DUIT TABUNG



Klik header tuan punye contest yang hensem di atas ni untuk join. ;)

Saya telah ditag oleh kina & NAL untuk join contest ni. Satu lagi pakatan ni agaknye. Huhu. Tuan punye contest, MK Syahir pun turut invite saya juge. Siap cakap tutup malam ni. (ugut secara halus, suh cepat join mungkin. hee.) Tapi di entry contest, di tulisnya suka hati die nak tutup bile². Hehe.


Tekaan saya: RM 377.30

Tagging: kak Dieyna


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama